Daftar Sdn Bhd Online

PENGALAMAN TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD

Anda telah lama berbisnes dan pastinya anda tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd. Dalam artikel ini, kami akan menceritakan keadaan sesuai untuk anda tukar enterprise ke sdn bhd.

6 SITUASI UNTUK ANDA TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD

SITUASI TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD 1: Inginkan kepercayaan dan kredibiliti

Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda ingin mendapatkan peluang yang lebih besar dan ada kredibiliti bagi menyertai tender swasta atau kerajaan

SITUASI TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD 2: Konsisten Untung

Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika bisnes anda telah berkembang maju dengan keuntungan minima RM10,000 sebulan.

SITUASI TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD 3: Inginkan Kadar Cukai Yang Lebih Rendah

Jika bisnes dah baik dan mempunyai untung yang tinggi, anda cuba semak berapa cukai yang dikenakan, kalau cukai anda melebihi kadar 15%, anda patut beralih kepada Sdn Bhd yang mempunyai kadar yang lebih rendah (2023: 15%)

SITUASI TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD 4: Pengurusan Dokumen yang baik

Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda sudah memiliki kekuatan dalam mengurus dokumen, mengurus operasi, mengurus jualan & perbelanjaan.

SITUASI TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD 5: Bisnes Anda Cashlow Positif

Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda mempunyai casflow yang positif setelah tolak perbelanjaan penting syarikat seperti gaji, sewa, hire purchase dan lain-lain lagi.

SITUASI TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD 6: Mempunyai Management Team Yang Bersedia

Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda mempunyai rakan kongsi yang boleh bekerjasama, yang mempunyai peranan masing-masing & mengetahui peranan sebagai rakan kongsi.

Bacaan lanjut: Kelebihan Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd

6 LANGKAH MUDAH TUKAR ENTERPRISE KE SDN BHD

Cara Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd 1: Daftar Sdn Bhd

Cari setiausaha syarikat untuk daftar sdn bhd anda. Proses pendaftaran sdn bhd biasanya mengambil masa 3-5 bekerja. Kami mencadangkan agar nama enterprise dan sdn bhd mempunyai kesinambungan. Jangan terlalu berbeza kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada klien anda.

Cara Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd 2: Buka Bank Sdn Bhd

Sdn Bhd baru anda memerlukan akaun bank syarikat untuk menjalankan semua transaksi perniagaan. Akaun bank syarikat sdn bhd ini amat penting untuk mengasingkan urusan kewangan bisnes enterprise dan sdn bhd.

Cara Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd 3: Pindahkan Aset & Liabiliti

Anda perlu memindahkan aset dan liabiliti dari enterprise ke sdn bhd. Pastikan semua aset dan liabiliti dikira secara tepat agar transaksi ‘jual beli’ antara Enterprise dan Sdn Bhd anda dilakukan secara tepat.

Cara Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd 4: Maklumkan Pada Klien

Anda perlu memberi tahu klien ada untuk berurusan dengan sdn bhd yang baru kerana anda telah upgrade enterprise ke sdn bhd. Jika perlu, anda hendaklah menandatangai kembali kontrak dengan para pembekal, klien, pekerja, dan sebagainya. Dengan ini, mereka sekarang akan berurusan dengan Sdn Bhd yang baharu diperbadankan, bukannya lagi dengan enterprise anda yang lama.

Bacaan lanjut: Daftar Sdn Bhd Online

Cara Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd 5: Daftar Dengan Badan Berwajib

Anda perlu mendaftar syarikat sdn bhd anda kembali dgn semua badan berwajib seperti LHDN, KWSP, PERKESO dan lain-lain. Hal ini kerana syarikat sdn bhd yang anda tubuhkan telah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan. Jadi ianya perlu didaftarkan semula bagi memastikan pendaftaran badan berwajib adalah keatas nombor pendaftaran sdn bhd yang baru tersebut.

Cara Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd 6: Tutup Enterprise

Setelah selesai urusan di atas, anda bolehlah menutup enterprise anda. Tahniah, anda kini telah selesai upgrade enterprise ke sdn bhd

Tukar Enterprise ke Sdn Bhd

Bacaan lanjut: Cara upgrade Sdn Bhd