Daftar Sdn Bhd Online

Daftar Syarikat Sdn Bhd SSM (Panduan Lengkap Langkah Register Sdn Bhd)

Artikel ini akan menunjukkan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia.

APAKAH ITU SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?

SYARIKAT SDN BHD, adalah singkatan kepada Syarikat Sendirian Berhad, iaitu sebuat entiti perniagaan yang dihadkan oleh saham dan merupakan jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan Akta Syarikat 2016, hanya 1 pengarah dan 1 pemegang saham diperlukan untuk membentuk syarikat Sdn Bhd, dan bukannya 2 pengarah. Oleh itu, anda boleh mendaftarkan syarikat Sdn Bhd tanpa rakan niaga lain. Anda boleh bertindak sebagai pengarah tunggal dan pemegang saham tunggal bagi syarikat tersebut. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu masa.

APAKAH CARA REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) DI MALAYSIA?

10 langkah mudah untuk tubuh syarikat sendirian berhad di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran akaun di portal MyCoID
  2. Pengaktifan akaun di kaunter SSM
  3. Perincian Log in portal MyCoIL akan diterima melalui e-mel lepas pengaktifan akaun
  4. Semakan nama syarikat dalam Aplikasi Direct Incorporation di laman utama portal MyCoID
  5. Isikan maklumat lain-lain di bawah Semakan Nama
  6. Isikan Borang Super untuk menjelaskan nama syarikat yang anda cadangkan
  7. Pemilihan kod perniagaan dan penerangan
  8. Maklumat pengarah dan pemegang saham
  9. Penyerahan permohonan
  10. Buat pembayaran sebanyak RM1,000 sebagai yuran pendaftaran syarikat (sebelum cukai)
  11. Notis Pendaftaran diterima melalui e-mel sebagai bukti pemerbadanan syarikat

Bacaan lanjut: Cadangan Nama Syarikat

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?

4 Dokumen daftar syarikat sdn bhd adalah seperti berikut:

  1. 3 Nama Cadangan Syarikat Baru
  2. Gambar I/C pengarah & pemegang saham
  3. Alamat kediaman & E-mel pengarah & pemegang saham
  4. Pegangan saham oleh setiap pemegang saham

BERAPA LAMA MASA UNTUK REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?

Secara amnya, kelulusan pendaftaran syarikat sdn bhd mengambil masa dalam 3-5 hari bekerja

APAKAH LANGKAH REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) SSM?

Ada 6 langkah mudah daftar sdn bhd seperti dibawah:

  • Pendaftaran & pengaktifan akaun, carian nama syarikat = 1 hari
  • Penyediaan dokumen pendaftaran = 2-3 hari
  • Penandatanganan dokumen semua pengarah dan pemegang saham = 1 hari
  • Penyerahan dokumen ke SSM = 1 hari
  • Pengeluaran notis kelulusan pendaftaran syarikat sdn bhd daripada SSM  = 3-5 hari
  • Sijil digital pemerbadanan syarikat dikeluarkan oleh SSM = 1 hari

APAKAH SYARAT DAFTAR SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) SSM?

Berikut adalah 3 syarat utama register syarikat sdn bhd:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 pengarah & 1 pemegang saham
  • Pengarah & pemegang saham berumur 18 tahun keatas
  • Pengarah & pemegang saham tidak berstatus bankrap

BERAPA KOS BUKA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?

Kos buka syarikat sdn bhd adalah RM 1498. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini:

PROMOSI DAFTAR SYARIKAT SDN BHD RM1498

syarikat sdn bhd