Table of Contents
Enterprise vs Sdn Bhd Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis syarikat tersebut?
Berdasarkan pemerhatian, ramai individu kini yang mula berjinak dalam bidang perniagaan sama ada secara persendirian atau perkongsian dengan rakan dan keluarga.
Mungkin ramai di luar sana yang masih keliru tentang kelebihan dan kekurangan syarikat yang didaftarkan bawah Enterprise dan Sdn Bhd.
Jangan risau, teruskan membaca!
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan syarikat Enterprise vs Sdn Bhd serta perbezaan antara keduannya.
Enterprise
Enterprise merupakan sebuah organisasi perniagaan yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan dan merupakan satu entiti perniagaan yang popular di negara kita.
Kira-kira hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise disebabkan kelebihannya yang mesra bisnes di peringkat permulaan.
Antara kelebihan enterprise adalah kos pengurusan yang murah. Kos pendaftaran perniagaan Enterprise SSM atau milikan tunggal selama setahun adalah seperti berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
- Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).
Dengan nombor perniagaan SSM, kredibiliti perniagaan enterprise anda juga diyakini kerana ia bermaksud anda telah mendaftar perniagaan secara sah di sisi undang-undang.
Anda juga boleh buka akaun semasa pada bila-bila masa sahaja. Dengan kemudahan membuka akaun perniagaan di bank, anda tidak perlu menggunakan akaun personal untuk berurus niaga.
Oleh itu anda tidak perlu risau sekiranya akaun personal anda dibekukan disebabkan transaksi yang yang terlalu banyak.
Di samping itu, perlu diingat, menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Sekiranya anda menyalahi akta tersebut, anda boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 atau penjara 2 tahun.
Sdn Bhd
Sdn Bhd atau Sendirian Berhad adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah Jenis Syarikat Berhad yang dihadkan oleh saham.
Penubuhan syarikat Sdn Bhd adalah bermatlamatkan keuntungan dan tidak boleh dijual sahamnya kepada orang ramai dan perlu didaftarkan kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Syarikat Sdn Bhd memerlukan seorang individu sebagai pemilik dan modal penubuhannya adalah daripada pemegang saham syarikat itu sendiri.
Seterusnya, syarikat Sdn bhd juga mempunyai saham atau syer yang boleh dimiliki oleh seorang individu atau lebih yang ini dikenali sebagai Board of Director atau Lembaga Pengarah.
Daripada Lembaga Pengarah Syarikat tersebut, pemegang saham terbesar syarikat akan dapat mengawal dan mengarah syarikat.
Tambahan pula, semua aset syarikat merupakan milik syarikat sepenuhnya dan tiada pemilikan aset dinamakan pada satu nama atau seorang individu tertentu.
Bukan itu sahaja, syarikat sdn bhd juga bertanggungjawab sendiri ke atas segala masalah, risiko dan hutang yang dimiliki.
Adalah mudah bagi kita untuk mengenali status syarikat sendirian berhad kerana nama syarikat tersebut akan diikuti oleh SDN. BHD, sebagai contoh, Melur Sdn. Bhd.
Antara kelebihan syarikat sendirian berhad adalah seperti berikut:
- Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal sahaja
- Sekiranya berlaku kematian seseorang pemegang saham atau pemilik syarikat, syarikat tidak akan dibubar
- Mudah untuk mendapat modal
- Proses penukaran hak milik yang mudah
- Pemegang-pemegang saham mempunyai perlindungan oleh perundangan
- Mempunyai potensi yang besar dalam memajukan dan mengembangkan perniagaan secara meluas
- Tiada bebanan dengan tanggungjawab pengurusan dan pengendalian syarikat
- Tidak perlu mengumumkan laporan kewangan bagi pengetahuan orang ramai
- Boleh menukar nama syarikat jika perlu
Enterprise vs Sdn Bhd
- Bentuk Perniagaan
Terdapat dua bentuk perniagaan Enterprise iaitu; Perniagaan Tunggal dan Perniagaan Perkongsian.
Perniagaan Tunggal merupakan sebuah perniagaan yang dimiliki secara sepenuhnya oleh seorang pemilik.
Manakala Perniagaan Perkongsian pula mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pemilik dan tidak melebihi dua puluh rakan kongsi.
Bagi perniagaan Sendirian Berhad pula, ia mempunyai minimum dua individu sebagai pemilik dan diuruskan oleh Lembaga Pengarah.
- Konsep Entiti
Pemilik syarikat Enterprise mempunyai tanggungjawab penuh bagi aset dan juga liabiliti syarikat.
Manakala, syarikat Sdn. Bhd. merupakan satu entiti sah yang berasingan dan terpisah dari identiti pemegang saham, pengarah ataupun ahli-ahlinya.
Oleh hal demikian, asset syarikat adalah hak milik syarikat dan bukannya hak milik perseorangan. Sama seperti hutang, syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.
- Liabiliti Dalam Perundangan
Dari segi perundangan, sebuah syarikat Sdn. Bhd. dan pemiliknya adalah dua entiti yang berasingan.
Oleh itu, sekiranya syarikat tersebut disaman atas sebab tertentu, pemilik syarikat kemungkinan kehilangan segala yang telah laburkan dalam syarikat.
Bagi syarikat Enterprise pula, pemilik mempunyai tanggungjawab penuh bagi aset dan juga liabiliti syarikat. Ia juga merupakan satu entiti yang sama dari segi perundangan.
Oleh itu, sekiranya syarikat tersebut berjaya disaman, pemilik syarikat berkemungkinan akan hilang keseluruhan wang simpanan dan harta.
- Konsep Berterusan
Walau dengan kematian salah seorang pemegang saham, pengarah atau mana-mana ahlinya, Syarikat Sdn Bhd akan terus wujud dan beroperasi seperti biasa.
Saham orang yang meninggal akan diserahkan kepada orang lain mengikut apa yang ditulis dalam surat wasiat.
Bukan itu sahaja, saham tersebut juga boleh dijual mengikut kehendak waris, dan saham syarikat akan dipegang oleh pemilik baru.
Seterusnya, bagi Enterprise, jika terdapat pemilik yang meninggal dunia, keseluruhan perniagaan, asset dan liabiliti perniagaan akan diuruskan mengikut wasiat dan perniagaan tersebut akan dibubarkan.
- Cukai
Cukai syarikat Sdn. Bhd. akan dikenakan ke atas syarikat.
Bagi kesemua perbelanjaan yang terbabit dalam pemerolehan pendapatan sebuah syarikat Sdn. Bhd. pula, ia boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan.
Pelepasan tersebut termasuk faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit serta cukai.
Seterusnya, perniagaan Enterprise tidak perlu membayar cukai kerana hasil pendapatan yang diperoleh akan dikenakan ke atas cukai peribadi pemilik.
Oleh itu, keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu dan kadar cukainya adalah berdasarkan kadar cukai individu.
Konklusinya, boleh dikata bahawa syarikat enterprise mempunyai liabiliti tidak terhad, tiada kesinambungan, kurang kredibiliti dan susah bagi pemilik mendapatkan pengecualian cukai.
Bagi syarikat sendirian berhad pula, ia berliabiliti terhad, mempunyai kesinambungan berterusan, kredibiliti bertambah dan memberikan pelbagai insentif pengecualian cukai kepada pemilik.
PROMOSI DAFTAR SDN BHD RM 1498
Jika anda memerlukan bantuan untuk membina dan mendaftar syarikat anda, hubungi DAFTAR SYARIKAT SDN BHD segera!
Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.
Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.
Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.
Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.
Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang kami sediakan antaranya adalah:
- Perkhidmatan Kesetiausahaan
- Perkhidmatan Pembukuan dan Perakaunan Berkanun
- Perkhidmatan Percukaian
- Perkhidmatan Pengauditan
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perbezaan Enterprise dan Sdn Bhd
Sebelum anda membuat keputusan untuk mendaftarkan perniagaan, mari lihat jawapan ringkas bagi soalan-soalan yang paling kerap ditanyakan oleh usahawan di Malaysia
Apakah perbezaan paling utama antara Enterprise dan Sdn Bhd?
Perbezaan paling kritikal adalah dari segi liabiliti undang-undang. Syarikat Enterprise (milikan tunggal atau perkongsian) dikira sebagai entiti yang sama dengan pemiliknya. Jika perniagaan muflis, aset peribadi anda boleh disita. Sebaliknya, Sdn Bhd adalah entiti sah yang berasingan. Segala hutang adalah tanggungjawab syarikat, bukan atas nama individu.
Berapakah kos rasmi untuk daftar Enterprise vs Sdn Bhd?
Kos pendaftaran lesen Enterprise dengan SSM amat murah, iaitu antara RM30 hingga RM60 setahun (bergantung kepada nama sendiri atau nama tred). Bagi syarikat Sdn Bhd, yuran pemprosesan rasmi SSM adalah sebanyak RM1,000, namun kos keseluruhan biasanya mencecah RM1,500 hingga RM2,500 selepas mengambil kira yuran pelantikan Setiausaha Syarikat (Company Secretary).
Entiti mana yang lebih jimat cukai pendapatan?
Keuntungan Enterprise akan dikira bersama dengan cukai pendapatan peribadi pemilik (kadar cukai progresif sehingga 30%). Manakala Sdn Bhd dikenakan Cukai Korporat atas nama syarikat, yang menawarkan kadar lebih rendah untuk PKS serta pelbagai pelepasan cukai perniagaan seperti gaji pengarah, susut nilai aset,และ yuran audit.
Adakah proses daftar Sdn Bhd boleh dilakukan secara online sepenuhnya?
Ya, boleh. Di bawah Akta Syarikat 2016, anda tidak perlu lagi beratur di kaunter SSM. Seluruh proses penubuhan, penyerahan dokumen, dan pengesahan identiti pengarah boleh diselesaikan 100% secara digital melalui platform Daftar Sdn Bhd Online dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja sahaja.
Apakah syarat minimum kelayakan untuk register syarikat Sdn Bhd?
Syarat asas untuk menubuhkan syarikat Sendirian Berhad di bawah SSM adalah:
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang Pengarah (yang menetap di Malaysia) dan 1 orang Pemegang Saham (boleh individu yang sama).
- Individu tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Bukan seorang yang bankrap dan tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah komersial.
Boleh atau tidak warga asing (foreigners) mendaftar Enterprise?
Tidak boleh. Pendaftaran perniagaan berbentuk Enterprise hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (PR) sahaja. Warga asing yang ingin menjalankan perniagaan yang sah di Malaysia wajib memilih entiti Sdn Bhd, yang membenarkan pemilikan asing sehingga 100% (tergantung pada sektor industri).
Berapakah anggaran kos tahunan (maintenance cost) bagi Sdn Bhd?
Sdn Bhd mempunyai kos pematuhan undang-undang (compliance cost) tahunan yang wajib dibayar, biasanya sekitar RM3,500 hingga RM7,000 setahun. Kos ini melibatkan yuran Setiausaha Syarikat, kos Audit berkanun (Statutory Audit) bagi penyata kewangan, kos ejen cukai, serta yuran serah simpan Penyata Tahunan kepada SSM.
Bolehkah lesen Enterprise lama ditukarkan kepada Sdn Bhd?
Boleh. Proses ini dipanggil penukaran entiti (conversion). Langkahnya adalah dengan mendaftarkan sebuah syarikat Sdn Bhd yang baharu terlebih dahulu melalui ejen setiausaha syarikat berlesen. Setelah syarikat Sdn Bhd diluluskan oleh SSM, anda boleh memindahkan segala operasi, kontrak, dan akaun bank perniagaan Enterprise lama ke dalam syarikat baharu sebelum menutup Enterprise tersebut.
Antara Enterprise dan Sdn Bhd, yang mana lebih mudah mendapat pinjaman bank?
Sdn Bhd mempunyai kredibiliti yang jauh lebih tinggi di mata bank dan institusi kewangan. Ini kerana Sdn Bhd diwajibkan untuk menyediakan laporan kewangan yang telah diaudit secara telus oleh juruaudit bertauliah. Enterprise biasanya sukar mendapat pinjaman korporat yang besar kerana akaun perniagaan dan peribadi pemilik sering bercampur.
Apakah yang berlaku kepada syarikat jika pemilik meninggal dunia?
Bagi syarikat Sdn Bhd, ia mempunyai kesinambungan berterusan (perpetual succession). Kematian pengarah atau pemegang saham tidak akan membubarkan syarikat; saham tersebut boleh dipindahkan kepada waris melalui wasiat. Sebaliknya, perniagaan Enterprise akan terbubar secara automatik sekiranya pemilik meninggal dunia.
Artikel yg berkaitan Enterprise vs Sdn Bhd:
Maklumat lanjut mengenai daftar Sdn Bhd>>> Daftar Sdn Bhd Online
Perbezaan Enterprise vs Sdn bhd >>> Enterprise vs Sdn Bhd
Tugas Pengarah Syarikat >>> Pengarah Syarikat Sdn bhd
Laman web rasmi SSM >>> SSM Malaysia


