Table of Contents
Artikel ini akan menunjukkan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia.
APAKAH ITU SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?
SYARIKAT SDN BHD, adalah singkatan kepada Syarikat Sendirian Berhad, iaitu sebuat entiti perniagaan yang dihadkan oleh saham dan merupakan jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan Akta Syarikat 2016, hanya 1 pengarah dan 1 pemegang saham diperlukan untuk membentuk syarikat Sdn Bhd, dan bukannya 2 pengarah. Oleh itu, anda boleh mendaftarkan syarikat Sdn Bhd tanpa rakan niaga lain. Anda boleh bertindak sebagai pengarah tunggal dan pemegang saham tunggal bagi syarikat tersebut. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu masa.
APAKAH CARA REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) DI MALAYSIA?
10 langkah mudah untuk tubuh syarikat sendirian berhad di Malaysia adalah seperti berikut:
- Pendaftaran akaun di portal MyCoID
- Pengaktifan akaun di kaunter SSM
- Perincian Log in portal MyCoIL akan diterima melalui e-mel lepas pengaktifan akaun
- Semakan nama syarikat dalam Aplikasi Direct Incorporation di laman utama portal MyCoID
- Isikan maklumat lain-lain di bawah Semakan Nama
- Isikan Borang Super untuk menjelaskan nama syarikat yang anda cadangkan
- Pemilihan kod perniagaan dan penerangan
- Maklumat pengarah dan pemegang saham
- Penyerahan permohonan
- Buat pembayaran sebanyak RM1,000 sebagai yuran pendaftaran syarikat (sebelum cukai)
- Notis Pendaftaran diterima melalui e-mel sebagai bukti pemerbadanan syarikat
Bacaan lanjut: Cadangan Nama Syarikat
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?
4 Dokumen daftar syarikat sdn bhd adalah seperti berikut:
- 3 Nama Cadangan Syarikat Baru
- Gambar I/C pengarah & pemegang saham
- Alamat kediaman & E-mel pengarah & pemegang saham
- Pegangan saham oleh setiap pemegang saham
BERAPA LAMA MASA UNTUK REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?
Secara amnya, kelulusan pendaftaran syarikat sdn bhd mengambil masa dalam 3-5 hari bekerja
APAKAH LANGKAH REGISTER SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) SSM?
Ada 6 langkah mudah daftar sdn bhd seperti dibawah:
- Pendaftaran & pengaktifan akaun, carian nama syarikat = 1 hari
- Penyediaan dokumen pendaftaran = 2-3 hari
- Penandatanganan dokumen semua pengarah dan pemegang saham = 1 hari
- Penyerahan dokumen ke SSM = 1 hari
- Pengeluaran notis kelulusan pendaftaran syarikat sdn bhd daripada SSM = 3-5 hari
- Sijil digital pemerbadanan syarikat dikeluarkan oleh SSM = 1 hari
APAKAH SYARAT DAFTAR SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) SSM?
Berikut adalah 3 syarat utama register syarikat sdn bhd:
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 pengarah & 1 pemegang saham
- Pengarah & pemegang saham berumur 18 tahun keatas
- Pengarah & pemegang saham tidak berstatus bankrap
BERAPA KOS BUKA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)?
Kos buka syarikat sdn bhd adalah RM 1498. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini:
PROMOSI DAFTAR SYARIKAT SDN BHD RM1498
FAQ: Daftar Sdn Bhd Online di Malaysia
1.Apakah maksud daftar Sdn Bhd online?
Daftar Sdn Bhd online merujuk kepada proses pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad yang dibuat secara digital melalui portal rasmi SSM MyCoID tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat SSM.
2. Adakah pendaftaran Sdn Bhd boleh dibuat sepenuhnya secara online?
Ya. Proses daftar Sdn Bhd online boleh dibuat hampir sepenuhnya secara online, termasuk semakan nama, pengisian maklumat syarikat, dan pembayaran yuran pendaftaran.
3. Siapa yang layak untuk daftar Sdn Bhd online di Malaysia?
Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas layak untuk daftar Sdn Bhd online, tertakluk kepada pelantikan pengarah, pemegang saham dan setiausaha syarikat yang sah.
4. Berapa minimum pengarah diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?
Minimum seorang (1) pengarah diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online, dan pengarah tersebut mesti bermastautin di Malaysia.
5. Berapa minimum pemegang saham untuk daftar Sdn Bhd online?
Minimum seorang (1) pemegang saham diperlukan. Pengarah dan pemegang saham boleh terdiri daripada individu yang sama semasa daftar Sdn Bhd online.
6. Berapakah modal berbayar minimum untuk daftar Sdn Bhd online?
Modal berbayar minimum untuk daftar Sdn Bhd online ialah RM1 sahaja, namun jumlah ini boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan.
7. Adakah alamat berdaftar diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?
Ya. Walaupun daftar Sdn Bhd online, setiap syarikat wajib mempunyai alamat berdaftar di Malaysia.
8. Adakah wajib melantik setiausaha syarikat untuk daftar Sdn Bhd online?
Ya. Pelantikan setiausaha syarikat berdaftar adalah wajib walaupun proses daftar Sdn Bhd online dibuat sepenuhnya secara digital.
9. Di mana proses daftar Sdn Bhd online dilakukan?
Proses daftar Sdn Bhd online dilakukan melalui portal SSM MyCoID, iaitu sistem rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
10. Apakah langkah pertama untuk daftar Sdn Bhd online?
Langkah pertama ialah mendaftar akaun MyCoID, diikuti pengaktifan akaun sebelum boleh meneruskan permohonan daftar Sdn Bhd online.
11. Bagaimana semakan dan tempahan nama dibuat semasa daftar Sdn Bhd online?
Semakan dan tempahan nama dibuat secara online melalui fungsi Direct Incorporation dalam sistem MyCoID.
12. Apakah itu Borang Super dalam proses daftar Sdn Bhd online?
Borang Super ialah borang digital yang digunakan semasa daftar Sdn Bhd online untuk mengisi:
- Maklumat pengarah
- Pemegang saham
- Kod perniagaan (MSIC)
- Modal syarikat
13. Berapakah kos untuk daftar Sdn Bhd online?
Kos rasmi untuk daftar Sdn Bhd online dengan SSM adalah sekitar RM1,000, tidak termasuk cukai dan yuran profesional.
14. Apakah dokumen diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?
Dokumen yang diperlukan semasa daftar Sdn Bhd online termasuk:
- Salinan IC pengarah & pemegang saham
- Maklumat pegangan saham
- Alamat perniagaan
- E-mel dan nombor telefon
15. Berapa lama masa yang diambil untuk daftar Sdn Bhd online?
Proses daftar Sdn Bhd online biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja, bergantung kepada kelulusan nama dan kelengkapan maklumat.
16. Bagaimana sijil pemerbadanan diterima selepas daftar Sdn Bhd online?
Sijil Pemerbadanan akan dihantar secara digital melalui e-mel selepas permohonan daftar Sdn Bhd online diluluskan.
17. Adakah perlu hadir ke pejabat SSM untuk daftar Sdn Bhd online?
Kebiasaannya tidak. Proses daftar Sdn Bhd online boleh dibuat dari mana-mana lokasi kecuali bagi pengaktifan akaun MyCoID tertentu.
18. Bolehkah warga asing daftar Sdn Bhd online di Malaysia?
Ya. Warga asing boleh daftar Sdn Bhd online sebagai pemegang saham atau pengarah tertakluk kepada peraturan dan keperluan semasa.
19. Apakah kelebihan daftar Sdn Bhd online berbanding cara manual?
Kelebihan daftar Sdn Bhd online termasuk:
- Lebih cepat
- Kurang kesilapan
- Tidak perlu hadir fizikal
- Proses lebih sistematik
20. Adakah disarankan guna khidmat profesional untuk daftar Sdn Bhd online?
Sekiranya anda menghadapi kesukaran teknikal, kekeliruan dokumen atau ingin proses lebih mudah, anda disarankan menghubungi setiausaha syarikat berlesen seperti FRAZ Corporate Services untuk membantu menguruskan pendaftaran Sdn Bhd online secara profesional dan patuh undang-undang.


