Daftar Sdn Bhd Online

PENGALAMAN DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Sekiranya anda ingin menjalankan bisnes, anda perlu menubuhkan sebuah entiti perniagaan iaitu daftar syarikat enterprise atau daftar syarikat sdn bhd SSM. Biasanya di peringkat awal anda akan menubuhkan sebuah peniagaan bertaraf enterprise. Pengalaman daftar syarikat sdn bhd sememangya berbeza dengan pengalaman daftar enterprise.

Syarikat enterprise dan syarikat sdn bhd mempunyai beberapa ciri berbeza. Kos menubuhkan syarikat enterprise jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos daftar syarikat Sdn. Bhd. Prosedur menubuhkan syarikat enterprise juga lebih mudah. Mengapakah begitu?

Sebab pertama ialah syarikat enterprise biasanya bermodal kecil sementara syarikat sdn bhd modalnya lebih besar. Oleh kerana itu, syarikat sdn bhd adalah entiti bisnes yang lebih kukuh dan selamat berbanding syarikat enterprais. Ciri ‘kukuh dan selamat’ di sini bermaksud syarikat sdn bhd diurus tadbir mengikut kawalan undang-undang iaitu tertakluk kepada Akta Syarikat 2016

Bacaan lanjut: Kelebihan Sdn Bhd berbanding Enterprise

Pengalaman Daftar Syarikat Sdn Bhd

Urusan menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd biasanya dilakukan oleh sebuah syarikat setiausaha (secretarial company). Anda boleh mendapatkan khidmat syarikat ini dengan melantik mereka sebagai setiausaha syarikat. Semua syarikat Sdn. Bhd. perlu mempunyai setiausaha syarikat. Bagi menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. anda perlu mengambil langkah-langkah berikut :-

  1. Pilih 3 nama yang sesuai dan susun mengikut prioriti (nama yang paling disukai letak di atas sekali). Apabila permohonan anda diproses, pendaftar syarikat akan menyemak sama ada nama-nama yang anda pilih itu sudah wujud dan digunakan oleh syarikat lain. Jika ya, mereka akan memilih nama lain berdasarkan pilihan kedua dan ketiga anda.
  2. Fotostat kad pengenalan bagi individu yang akan menjadi pemilik saham sekaligus juga bertindak sebagai pengarah syarikat anda. Dibawah akta syarikat 2016, semua syarikat sdn bhd yang hendak ditubuhkan boleh bermula dengan modal berbayar RM1 dengan 1 orang pemilik saham sahaja
  3. Nyatakan aktiviti utama yang akan dijalankan oleh bisnes anda.

Pengalaman daftar syarikat sdn bhd menunjukkan anda perlu sediakan bayaran antara RM2,300 hingga RM2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Tetapi jika anda ingin mendapatkan harga yang lebih rendah untuk mendaftar sdn bhd, anda boleh lawati link promosi berikut:
DAFTAR SDN BHD RM 1498

pengalaman daftar syarikat sdn bhd