Daftar Sdn Bhd Online

AKTA SYARIKAT 2016: 10 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU

Seperti yang semua sedia maklum, akta di Malaysia sering digubal untuk memastikan polisinya sentiasa releven dan efisyen dengan perubahan semasa, sama seperti Akta Syarikat 2016.

Setelah 51 tahun negara kita menggunakan Akta Syarikat 1965, akhirnya akta baru telah dikuatkuasakan pada 31 Januari 2017.

Akta Syarikat 2016 ini dilaksanakan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi perniagaan kompetitif di rantau ini.

Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan 10 perubahan yang telah dilaksanakan dalam akta baru tersebut. Jadi, teruskan membaca!

Apa itu Akta Syarikat 2016?

Kini, sebarang persoalan berkaitan syarikat atau perniagaan boleh dirujuk di bawah Akta Syarikat 2016.

Namun, sebahagian besar pemegang saham, pengarah syarikat dan usahawan diluar sana kurang peka tentang perubahan yang berlaku pada akta baru tersebut. 

Oleh itu, mari kita teliti beberapa perkara penting berkaitan Akta Syarikat 2016 yang perlu diambil tahu. 

Perubahan akta tersebut  dilakukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdasarkan 4 objektif utama.

Perubahan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk meramaikan bakal usahawan di Malaysia. Objektif-objektif tersebut adalah: 

  1. Memudahkan orang awam dan mengurangkan kos untuk membuka syarikat.
  2. Memudahkan cara kepada umum dalam memulakan perniagaan dari segi perubahan peraturan
  3. Pengurusan berkaitan urusan syarikat akan lebih mudah dan fleksibiliti.
  4. Meningkatkan kawalan dalaman, urustadbir korporat dan tanggungjawab korporat dari segi menguruskan perniagaan.

Perubahan dalam Akta Syarikat 2016 sememangnya memudahkan lagi orang awam untuk membuka syarikat Sdn Bhd mereka dengan mudah. 

Ini kerana, sering wujud kesukaran dalam pembukaan Sdn Bhd sebelum ini disebabkan oleh prosedur dan peraturan yang banyak dan rumit.

Sebagai contoh, wujud masalah seperti kesalahan memilih rakan kongsi untuk dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. 

Perkara tersebut telah diambilkira dalam Akta Syarikat 2016. 

Seterusnya, akta tersebut juga dalam masa yang sama memberi peluang yang besar untuk usahawan memilih entiti perniagaan yang sesuai. 

10 Perkara Anda Perlu Tahu

Berikut merupakan beberapa perubahan yang telah dilaksanakan dalam Akta Syarikat 2016:

Hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham

Sebelum wujudnya Akta Syarikat 2016, adalah wajib bagi syarikat mempunyai minimum 2 orang pengarah dan 2 pemegang saham. 

Kini bagi memudahkan proses pembukaan syarikat, SSM telah menetapkan Sdn Bhd boleh dibuka dengan hanya seorang sahaja.

Ini juga bermaksud bahawa proses pembukaan Sdn. Bhd. boleh dimulakan dengan hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah.

Namun tiada perubahan yang dilaksanakan bagi syarikat yang berstatus Berhad. 

Pemerbadanan Berhad tetap memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan 2 orang pengarah syarikat. 

Perubahan pada akta ini memberi kemudahan bagi usahawan untuk berniaga secara perseorangan. 

Ia juga memberi jalan penyelesaian kepada syarikat dan usahawan yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.

Tiada Harga Par untuk unit modal

Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, sebarang pembelian syer berbayar ditetapkan oleh SSM ialah RM1 untuk 1 unit syer.

Kini, menurut Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk menetapkan jumlah RM untuk 1 unit modal berbayar. 

Ini bermakna, 1 unit sudah menjadi pilihan pemegang saham untuk tetapkan berapa jumlah harga perunit syer syarikat mereka.

Bacaan lanjut bagi pendaftaran sdn bhd: TIPS DAFTAR SDN BHD

Tiada lagi Modal Dibenarkan

Seterusnya, berdasarkan Akta Syarikat 1965, jumlah modal berbayar sebagai modal syarikat adalah bergantung kepada jumlah maksimum modal yang dibenarkan. 

Ini bermakna, sekiranya modal dibenarkan adalah 400,000 unit, maka usahwan tidak dibenarkan meletakkan modal berbayar melebihi 400,000 unit. 

Bukan itu sahaja, Akta Syarikat 1965 juga menetapkan setiap modal yang dibenarkan mempunyai bayaran yang berbeza dan ia perlu dibayar ke SSM. 

Jadual bayaran tersebut adalah seperti berikut:

Sebelum ini, usahawan perlu menunggu modal dibenarkan di SSM sebelum dapat tingkatkan modal berbayar. 

Hal ini menyukarkan kenaikkan modal berbayar melebihi tanda aras modal dibenarkan

Namun, dengan perubahan pada Akta Syarikat 2016, modal dibenarkan tidak lagi wujud. 

Oleh itu, syarikat boleh mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras.

Kemudahan yang dilaksanakan ini adalah untuk menjimatkan kos penubuhan sesebuah syarikat dan memudahkan urusan meningkatkan modal berbayar.

Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit

Akta Syarikat 1965 menetapkan bahawa syarikat perlu menyerahkan laporan tahunan dan penyata kewangan beraudit dalam tempoh 7 bulan 14 hari selepas akaun syarikat ditutup. 

Ini bermakna, sekiranya syarikat tutup tempoh akuan pada 31 Disember 2016, laporan tahunan dan penyata kewangan beraudit hendaklah diserahkan di SSM pada 14 Februari 2017.

Dengan ini, akan muncul risiko kelewatan menghantar laporan tahunan ke SSM akibat kesuntukan masa untuk menyiapkan penyata kewangan beraudit.

Namun, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan sudah berubah dengan Akta Syarikat 2016.

Kini, sebarang penyerahan laporan tahunan adalah bergantung kepada tarikh penubuhan syarikat itu sendiri. 

Penyerahan laporan kewangan beraudit pula adalah dalam tempoh 6 bulan selepas akaun syarikat ditutup. 

Mesyuarat Tahunan “Annual General Meeting”

Mesyuarat Tahunan wajib dilakukan pada setiap tahun dan dalam tempoh 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat dan perlu dihadiri oleh majoriti pemegang saham serta kesemua pengarah.

Ini adalah untuk membentangkan penyata kewangan beraudit, dividen, status pengarah serta pemegang saham. 

Dengan pelaksanaan Akta Syarikat 2016, mesyuarat tahunan ini tidak lagi wajib dilakukan. 

Akta ini dimansuhkan kerana kewujudan minimum hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham untuk penubuhan syarikat. 

Dengan kemudahan ini, keputusan syarikat tersebut adalah tanggungjawab seorang pengarah dan pemegang saham tersebut. 

Oleh sebab itu, SSM telah menetapkan bahawa mesyuarat tahunan tidak lagi diwajibkan.

Proses Pemerbadanan Syarikat

Seterusnya, proses pemerbadanan syarikat dipermudahkan lagi dengan Akta Syarikat 2016. Pembukaan syarikat kini dibenarkan tanpa khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah.

Sdn Bhd kini boleh ditubuhkan dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM. 

Namun, Setiausaha Syarikat Bertauliah perlu ada dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadankan.

Cop meterai pemerbadanan “Common Seal”

Sebelum Akta Syarikat 2016, setiap syarikat yang berdaftar wajib mempunyai cop meterai pemerbadanan yang sering digunakan pada perjanjian serta sijil saham. 

Sejak 31 Januari 2017, tiada lagi kewajipan untuk syarikat mempunyai cop meterai pemerbadanan. 

Kemudahan ini dapat mengurangkan kos pemerbadanan syarikat dan mengelakkan isu salahguna cop tersebut.

Sijil Syer “Share Certificate”

Setiausaha syarikat bertauliah tidak lagi wajib menyediakan Sijil Syer atau Sijil Saham. Sebaliknya, ia adalah pilihan pemegang saham tersebut samada ingin memiliki sijil tersebut atau tidak.

Namun setiausaha syarikat perlu mengambil rekod nama pemegang saham tersebut di dalam Buku Daftar Pemegang Saham “Register of Member”.

Memorandum dan Artikel

Memorandum ialah dokumen penting yang menentukan hubungan syarikat dengan luar. Manakala artikel pula ialah perlembangaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. 

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, penyediaan memorandum dan artikel dalam proses pemerbadanan syarikat tidak lagi menjadi kewajipan.

Sijil Pemerbadanan

Selain itu, Akta Syarikat 2016 menetapkan sijil pemerbadanan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat tersebut tidak lagi diperlukan. 

Namun, notis untuk membukti pemerbadanan syarikat belum lagi ditetapkan oleh pihak SSM.

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa perubahan yang dilakukan pada Akta Syarikat 2016 memberikan banyak kemudahan kepada usahawan dan pemilik syarikat.

Sekiranya anda berminat untuk membuka syarikat sendiri atau kurang faham dengan Akta Syarikat 2016, hubungi DAFTARSYARIKAT segera! 

Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang kami sediakan antaranya adalah:

  • Perkhidmatan Kesetiausahaan
  • Perkhidmatan Pembukuan dan Perakaunan Berkanun
  • Perkhidmatan Percukaian 
  • Perkhidmatan Pengauditan