Daftar Sdn Bhd Online

TIPS DAFTAR SDN BHD ONLINE

Untuk daftar sdn bhd online secara sah, setiap syarikat sdn bhd yang didaftarkan di dalam Malaysia perlulah mematuhi Akta Syarikat 2016 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Akta Syarikat 2016 telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 1 orang individu diperlukan untuk didaftarkan sebagai pengarah syarikat. Individu tersebut perlulah berumur lebih dari 18 tahun dan tidak boleh berstatus bankrup

Apabila sudah daftar sdn bhd online, syarikat sdn bhd tersebut mempunyai ciri-ciri seperti sebuah entiti yang boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri, mempunyai alamat tempat tinggal yang sah, mempunyai aset atas namanya sendiri, dan bersifat kekal

Berikut adalah tips daftar sdn bhd online:

TIPS 1 DAFTAR SDN BHD ONLINE: PILIH NAMA SYARIKAT

Berikan 3 cadangan carian nama syarikat Sdn bhd SSM. Ini membolehkan carian nama syarikat sdn bhd online yang pantas sekiranya satu nama syarikat sdn bhd ditolak.

Pengarah Syarikat Sdn Bhd Online hendaklah menyatakan maksud nama syarikat tersebut dan carian nama syarikat perlulah berkait rapat dengan sifat perniagaan tersebut. Carian nama syarikat yang telah sedia ada tidak boleh diguna pakai oleh pemilik syarikat yang ingin menubuhkan syarikat yang baru.

Bacaan lanjut mengenai nama syarikat sdn bhd: Panduan carian nama sdn bhd

TIPS 2 DAFTAR SDN BHD ONLINE: SET DRAFT DOKUMEN

: Penyediaan 2 set draf dokumen daftar syarikat sdn bhd online akan disediakan oleh setiausaha syarikat bagi anda menubuhkan syarikat sdn bhd online di Malaysia. Dokumen ini juga dikenali sebagai “SUPERFORM” atau “FORM 14”. Pastikan anda telah menyemak semua maklumat bagi memastikan maklumat tersebut yang lengkap dan tepat. Pengarah yang dilantik didalam “FORM 14” perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan;

  1. Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pemikiran yang waras.
  2. Tidak dikecualikan di bawah seksyen 198 Akta Syarikat, 2016;
  3. Tidak disabitkan muflis
  4. Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan
  • bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
  • telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;
  • telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;
  • telah disabitkan atau suatu kesalahan dibawah seksyen 213, 217, 218, dan 539; atau
  • telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah dibawah seksyen 199.

Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan didalam Malaysia atau luar Malaysia.

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan dibawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan;

  • Pegawai Penerima; atau
  • Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

Walau apa pun subseksyen 91), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.

TIPS 3 DAFTAR SDN BHD ONLINE: SET DOKUMEN LENGKAP

Penyediaan 3 Set Dokumen Lengkap Syarikat Sdn Bhd online oleh setiausaha syarikat. Adalah dimaklumkan bahawa setiap syarikat sdn bhd online memerlukan khidmat daripada setiausaha syarikat (Company Secretary) bagi pengesahan dokumen-dokumen syarikat sdn bhd online. Setiausaha syarikat yang dilantik oleh pihak syarikat merupakan wakil bagi kedua belah pihak diantara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Syarikat yang ditubuhkan.

TIPS 4 DAFTAR SDN BHD ONLINE: SET SIJIL SAHAM SYARIKAT

Penyediaan 1 set sijil saham syarikat. Sijil saham adalah dokumen undang-undang yang dianggap sebagai bukti pemilikan saham dalam syarikat sdn bhd online dan ia terdiri daripada maklumat pemegang saham termasuk nama pemegang syarikat tersebut, tarikh penerbitan, jumlah saham yang dikeluarkan kepada pemegangnya, nombor pengenalan yang terpisah disertakan dengan meterai dan tandatangan syarikat.

  1. Nama dan tarikh seseorang individu menjadi pemilik saham tersebut akan dinyatakan.
  2. Setiap sijil saham mempunyai nombor sijil yang berfungsi untuk memudahkan pencarian sijil tersebut.
  3. Jumlah saham akan dinyatakan di dalam sijil saham tersebut.
  4. Tandatangan daripada pihak berkuasa syarikat yang mewakili syarikat tersebut adalah diwajibkan. Pihak berkuasa syarikat juga akan mengecop sijil tersebut menggunakan cap meterai.

TIPS 5 DAFTAR SDN BHD ONLINE: SET BUKU DAFTAR & MINIT

Penyediaan 1 Set Buku Daftar & Minit Syarikat Sdn Bhd. Setiausaha syarikat yang dilantik juga akan menyediakan buku daftar, merekod minit mensyuarat dan akan dikemasikinikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bacaan lanjut mengenai daftar syarikat sdn bhd online SSM: DAFTAR SDN BHD ONLINE

daftar sdn bhd online