Daftar Sdn Bhd Online

5 CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK

Nama syarikat merupakan melambangkan identiti kepada syarikat. Ianya sangat berkait rapat dengan penjenamaan bisnes. Salah pilih nama boleh mengundang pelbagai masalah kepada bisnes. Oleh itu, pemilihan nama syarikat perlu dilakukan dengan berhati-hati. Namun begitu, tahukah anda bagaimana hendak memilih nama syarikat? Berikut adalah garis panduan dan contoh nama syarikat menarik.

CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK: GUNA NAMA SENDIRI

Pertama, anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk nama perniagaan anda.  Sebagai contoh, nama anda ialah Sharifah Rose. Jika anda memilih untuk menggunakan nama sendiri, perniagaan anda juga akan dinamakan Sharifah Rose. Sebiji macam dalam kad pengenalan anda. Ringkas bukan?

CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK: GUNA BAHASA ASING

Nama syarikat yang unik pasti akan sentiasa diingati oleh pelanggan. Maka anda perlu kreatif dalam mencari nama syarikat anda. Antara cadangannya ialah dengan menggunakan perkataan bahasa lain untuk dijadikan nama syarikat anda. Sebagai contoh, Bonita merupakan bahasa Portugis yang membawa maksud cantik. Pastikan nama yang dipilih itu tidak membawa maksud tidak elok atau negatif.

CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK: GUNA AKTIVITI PERNIAGAAN

Disarankan untuk anda meletakkan nama syarikat anda yang ada berkaitan dengan Aktiviti peniagaan yang anda ceburi. Sebagai contoh, Restoran Pelita Nasi Kandar merupakan perniagaan dalam menjual makanan dan nama mereka melambangkan perniagaan nasi kandar yang mereka pelopori. Apabila meletakkan nama yang jelas, mudah pelanggan untuk mengetahui tawaran yang diberikan oleh syarikat anda.

CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK: CIPTA PERKATAAN BARU

Tiada syarikat yang lebih unik selain UNIQLO. Syarikat yang berasal dari jepun ini menempa namanya di dunia dengan produk pakaiannya yang sangat berkualiti dan unik sejak dari tahun 2005. 

Namanya seakan-akan menggabungkan perkataan “Unique” dan “Clothes”. Syarikat ini tetap mendapat sambutan hangat kerana namanya memiliki unsur keunikan yang tidak dapat dinafikan.

CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK: GUNA SINGKATAN PERKATAAN

Anda boleh mencuba untuk mengabungkan beberapa perkataan untuk mencipta nama syarikat. Berikut adalah beberapa contoh yang jelas; PROTON = Perusahaan Otomobil Nasional & PETRONAS = Petroleum Nasional

Bacaan lanjut: Panduan Nama Syarikat