Daftar Sdn Bhd Online

CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI

Artikel ini akan menerangkan cara daftar sdn bhd sendiri. Tahukah anda, ianya merupakan satu perkara yang wajib untuk anda mendaftarkan perniagaan anda terlebih dahulu jika anda bercadang untuk menceburi bidang perniagaan atau sebarang urus niaga.

Anda perlu mendaftarkan perniagaan atau syarikat terlebih dahulu. Firma Setiausaha Syarikat kami akan membantu anda untuk melakukan serah simpan pendaftaran syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda boleh daftar sdn bhd sendiri dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Setiausaha Syarikat akan melakukan semakan dan serahan terakhir selepas semua dokumen anda telah sediakan. Setiausaha syarikat mestilah mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan beliau melakukan proses serahan pendaftaran syarikat anda.

9 CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016.

  1. Cari sekurang-kurangnya 3 nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM. Carian nama syarikat sdn bhd perlu dilakukan pada peringkat awal.
  2. Pilih 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
  3. Tentukan jumlah modal saham akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan memulakan perniagaan
  4. Dapatkan cawangan bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
  5. Sediakan salinan Kad Pengenalan setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan pasport bagi warganegara asing
  6. Sediakan alamat email bagi ahli lembaga Pengarah Syarikat dan Pemegang Saham
  7. Sediakan alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia
  8. Buat pembayaran kepada setiausaha syarikat
  9. Kelulusan dalam 3-5 hari bekerja

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil setiausaha syarikat selepas menyiapkan dokumen cara daftar sdn bhd sendiri. Pihak setiausaha syarikat akan menyemak bagi tujuan penyediaan dokumen penubuhan syarikat dan akan melakukan serahan terakhir kepada SSM.

Anda tidak perlu risau akan kesilapan kerana segala maklumat yang disediakan anda ketika cara daftar sdn bhd sendiri akan disemak oleh pihak kami. Dengan berkurangnya kesalahan, tempoh kelulusan boleh dipercepatkan dan anda boleh mendapat syarikat sdn bhd idaman anda dengan lebih pantas.

cara daftar sdn bhd sendiri

8 KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD

  1. Liabiliti bisnes adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  2. Syarikat lebih terjamin dan berterusan. Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  3. Kemudahan untuk mendapat modal.
  4. Kemudahan daripada bentuk penukaran hakmilik. Saham syarikat sdn bhd boleh dijual beli.
  5. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  6. Potensi untuk perkembangan luas disebabkan kredibiliti yang tinggi
  7. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
  8. Lebih banyak penggunaan cukai yang sah disisi undang-undang [Cukai sdn bhd lebih flexible, kerana pendapatan bercukai syarikat boleh ditukar-tukar dengan gaji pengarah (individu) bagi mendapatkan menjimatkan bayaran cukai keseluruhan] 

5 SEBAB PERLU DAFTAR SDN BHD

KEWAJIPAN UNDANG-UNDANG UNTUK MENDAFTAR PERNIAGAAN

Sebelum memulakan perniagaan, seseorang perlu mendaftarkan perniagaannya mengikut Akta Perniagaan 1956. Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM 50 ribu atau penjara maksimum 2 tahun. Cara daftar sdn bhd sendiri telah kami terangkan seperti di atas.

BANTU KELANCARAN OPERASI DENGAN AKAUN BANK KHAS

Walaupun bisnes anda masih kecil, anda perlu belajar berdisiplin. Asingkan awal-awal modal, gaji pekerja, gaji anda dan keuntungan. Jika anda ada SSM, lebih mudah untuk anda mohon pembukaan akaun bank bisnes. Jadi lebih mudah untuk anda susun dari awal duit keluar masuk bisnes anda. Transaksi menggunakan akaun peribadi juga lebih mudah disekat apabila terlalu banyak sangat duit masuk berbanding sekiranya anda menggunakan akaun bank syarikat.

MUDAH MENDAPATKAN LOAN DARI PIHAK BANK

Sebagai seorang peniaga, anda pasti ada impian untuk mengembangkan bisnes anda. Untuk mengembangkan bisnes, pasti perlukan modal yang agak tinggi. Apabila anda ada akaun bank syarikat dan dokumen kewangan perniagaan yang disusun dengan kemas, pasti pihak bank juga akan lebih mudah untuk melayan permohonan loan anda

MENINGKATKAN KREDIBILITI BISNES

Perasan tak, ada sesetengah pelanggan suka bertanya soalan apakah no pendaftaran perniagaan dekat anda. Sebagai seorang ahli perniagaan, usahlah berkecil hati pula dengan soalan macam tu. Sebenarnya, pelanggan cuma berhati-hati sahaja. Maklumlah, bisnes zaman sekarang terutamanya secara online memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pelanggan dan peniaga. Jadi, dengan adanya nombor pendaftaran perniagaan, pelanggan lebih yakin dan rasa dilindungi untuk berurus niaga meskipun tidak pernah sekalipun berjumpa secara depan-depan dengan peniaga

BOLEH BERKEMBANG DENGAN LEBIH LAJU

Apabila bisnes anda sudah semakin maju, pasti anda perlu menambah bilangan pekerja untuk melicinkan operasi perniagaan. Dahulu anda hanya ada seorang pekerja separuh masa untuk membantu anda di gerai, sekarang anda perlu tambah lagi 3-4 orang pekerja sepenuh masa untuk bantu uruskan perniagaan. Jika anda sudah awal-awal daftar SSM, lebih mudah untuk anda mendapatkan pekerja kerana mereka yakin untuk berkhidmat dengan syarikat memandangkan bisnes anda kelihatan kukuh dan tersusun. Pembayaran gaji serta KWSP pekerja juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik.