Daftar Sdn Bhd Online

TUBUH SYARIKAT SDN BHD

Syarikat sendirian berhad atau syarikat sdn bhd adalah sejenis entiti perniagaan dengan bermatlamatkan keuntungan. Tubuh syarikat sdn bhd dan tutup syarikat sdn bhd ini dikawal selia oleh Akta Syarikat 2016.

KELEBIHAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD: LIABILITI TERHAD

Liabiliti syarikat sdn bhd adalah terhad. Ianya terhad setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemiliknya sahaja. Jika pemiliknya telah mengeluarkan jumlah modal tersebut, pemilik tidak perlu lagi menyumbang wang kepada syarikat walaupun dalam keadaan syarikat diancam kebangkrapan akibat gagal membayar hutangnya.

KELEBIHAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD: BOLEH MEMILIKI ASET

Syarikat sdn bhd juga mempunyai entiti perundangannya tersendiri seperti manusia biasa. Ianya boleh meminjam menggunakan namanya, membeli, menyewa, memasuki kontrak, menyaman, disaman, memiliki harta dan hartanah kesemuanya menggunakan namanya tanpa melibatkan nama pemiliknya.

Semua urusan berkaitan syarikat sdn bhd dari penubuhan sehingga penutupan perlu dilakukan di pejabat pendaftar syarikat atau dikenali kini dengan nama Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) yang beribu pejabat di Menara SSM, KL Sentral, Kuala Lumpur.

KELEBIHAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD: JANGKA HAYAT BERPANJANGAN

Jangka hayat sesebuah perniagaan juga akan lebih terjamin dalam syarikat Sdn.Bhd. Sekiranya salah seorang dari ahli pemegang saham syarikat anda itu meninggal dunia, perniagaan anda itu tak akan dibubarkan. Sebaliknya saham tersebut akan dipindahkan mengikut wasiat pemegang saham tersebut. Untuk mereka yang memilih untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan pemilikan jenis enterprise ini pula, jangka hayat perniagaan lebih pendek. Sekiranya anda mempunyai seorang lagi rakan kongsi sekalipun, perniagaan anda terpaksa juga dibubarkan sekiranya salah seorang meninggal dunia

KELEBIHAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD: MUDAH DITUBUHKAN

Jika anda mendaftarkan perniagaan anda sebagai pemilikan jenis Sdn. Bhd, secara automatik ia akan menjadi syarikat bertaraf SME (Small Medium Enterprise). Ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan tersebut. Syarikat Sdn. Bhd juga mudah dikembangkan dengan cara penggabungan, ambil alih atau usahasama. Modal, idea dan kemahiran pengurusan yang terhad menyebabkan perniagaan agak sukar dikembangkan.

TIPS TUBUH SYARIKAT SDN BHD

Untuk menubuhkan syarikat sdn bhd, minimum hanya 1 orang pengarah syarikat yang mempunyai alamat kediaman di Malaysia diperlukan. Selain itu, minimum hanya orang pemegang saham juga diperlukan bagi melengkapkan proses penubuhan. Pun begitu, Pengarah dan pemegang saham syarikat boleh dikalangan orang yang sama.

Syarikat sdn bhd diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat yang dinyatakan oleh Akta Syarikat 2016 samada dengan menggajinya bekerja dengan syarikat atau mendapatkan perkhidmatan syarikat setiausaha.

Bacaan lanjut mengenai kos tubuh syarikat sdn bhd: Kos tubuh Sdn bhd

PENGURUSAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD

Pada setiap hujung tahun, syarikat sdn bhd diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk:

  1. Menyiap dan membentangkan laporan akaun diaudit syarikat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Syarikat.
  2. Mengadakan MAT syarikat
  3. Menyerahsimpan satu laporan tahunan syarikat ke SSM

Kegagalan syarikat sdn bhd dalam mematuhi ketiga-tiga keperluan wajib di atas boleh menyebabkan syarikat dan para pengarahnya dikenakan kompaun oleh SSM serta jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh menyebabkan syarikat dikenakan penalti yang tinggi.

Syarikat sdn bhd akan terus menerus wujud walau dengan apa jua perubahan yang berlaku kepada para pemiliknya. Ia juga tidak akan tertutup walau dengan kematian semua pemiliknya. Ianya akan terus wujud melainkan jika satu prosedur penutupan terhadapnya dilakukan samada melalui SSM ataupun mahkamah.

Tubuh syarikat sdn bhd