Table of Contents
Pernahkah anda tertanya-tanya apa sebenarnya tugas pengarah syarikat Sdn Bhd?
Adakah tugas pengarah syarikat sama seperti yang dipaparkan di televisyen?
Sekiranya anda bercadang untuk membuka syarikat sendiri, anda semestinya perlu faham akan jawatan-jawatan penting yang membantu produktiviti syarikat.
Oleh itu, teruskan membaca!
Artikel ini akan membantu anda memahami tugas pengarah syarikat.
Kami juga akan memperkenalkan anda kepada sebuah agensi yang sangat membantu bagi membina dan mendaftarkan syarikat anda.
SIAPAKAH PENGARAH SYARIKAT SDN BHD
Pengarah syarikat merujuk kepada individu terpenting dalam sesebuah organisasi.
Pengarah juga termasuk sesiapa sahaja yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan.
Mereka diberi amanah, kepercayaan, tanggungjawab dan tugas untuk mentadbir dan mengawal keseluruhan syarikat tersebut.
Pengarah syarikat perlu memastikan urusniaga syarikat berjalan dengan lancar, teratur dan selari dengan garis panduan perundangan negara.
Selain itu, kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada banyak faktor. Terutama sekali sikap pengarah didalam urusniaga itu sendiri.
Bagi memastikan syarikat sentiasa mendapat keuntungan dan berjaya berdaya saing, pengarah tersebut perlu ada sikap jujur, bijak dan cekap.
TUGAS PENGARAH SYARIKAT
- Menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan syarikat
Seorang pengarah syarikat perlu menggunakan kuasanya pada setiap masa mengikut Akta yang telah ditetapkan.
Individu yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat perlu mempunyai niat yang baik dan strategi yang bernas demi kepentingan terbaik syarikat.
Selain itu, pengarah perlu mempertimbangkan kepentingan syarikat dan bukannya orang lain termasuklah kepentingan peribadinya sendiri atau kepentingan pemegang saham.
Sebagai contoh:
- Semasa menerbitkan saham baru, pengarah mesti menggunakan kuasa mereka dengan tujuan yang betul, iaitu untuk meningkatkan modal syarikat bagi membiayai perniagaannya.
- Pemegang saham telah mengikuti prosedur yang betul untuk untuk bermesyuarat dengan pemegang saham tetapi para pengarah cuba menyekat permintaan tersebut.
- Syarikat telah melakukan kesalahan tetapi pengarah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut untuk melindunginya.
- Elak sebarang konflik kepentingan
Seorang pengarah tidak boleh menggunakan jawatannya untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya atau orang lain.
Beliau juga tidak boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat tanpa persetujuan lembaga pengarah atau pengesahan yang diluluskan dalam mesyuarat.
Antaranya adalah:
- Menggunakan harta syarikat sesuka hati
- Mengambil kesempatan atas maklumat yang diperoleh berdasarkan kedudukannya sebagai pengarah syarikat
- Terlibat dalam perniagaan yang bersaing dengan syarikat tersebut
- Bertindak dengan sewajarnya
Seorang pengarah mesti menjalankan tugas dengan berhati-hati, berilmu dan tekun.
Bukan itu sahaja, seorang pengarah juga harus sentiasa memastikan bahawa keputusan yang dibuat adalah standard tertinggi dan demi kepentingan terbaik syarikat.
Tugas tersebut dikenakan tidak kira sama ada pengarah itu adalah pengarah eksekutif atau pengarah bukan eksekutif dan ia juga meliputi kakitangan pengurusan kanan.
- Membuat pertimbangan perniagaan
Ketika membuat sesuatu keputusan untuk perniagaan, seorang pengarah mestilah:
- Membuat keputusan dengan niat yang baik
- Tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam perkara sesuatu perkara
- Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan yang difikirkan wajar serta sesuai dengan keadaan dan kepentingan syarikat.
- Peka kepada maklumat
Semasa menjalankan tugas, seorang pengarah boleh bergantung kepada individu-individu berikut untuk mendapatkan maklumat:
- Pegawai atau pekerja yang diyakini cekap dan boleh dipercayai
- Ahli profesional atau pakar yang dilantik oleh syarikat
pengarah-pengarah lain
- Jawatankuasa kepada lembaga pengarah, yang mana pengarah adalah bukan ahli.
Namun, walaupun pengarah bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pekerjanya, dia tetap perlu bertindak dengan niat baik dan penilaian yang bagus.
- Perwakilan kuasa
Seorang pengarah boleh memberikan kuasa lembaga kepada jawatankuasa, pengarah, pegawai, pekerja atau pakar.
Namun, perwakilan tersebut seharusnya tidak bercanggah dengan Akta perlembagaan syarikat, resolusi dewan atau resolusi anggota.
Pengarah boleh melepaskan tugasnya jika beliau yakin bahawa perwakilan tersebut akan menjalankan tugas yang diarahkan dengan kompeten.
- Melaksanakan sistem kawalan dalaman
Pengarah syarikat atau anak syarikatnya mesti memastikan bahawa syarikat tersebut telah melaksanakan sistem kawalan dalaman.
Sistem tersebut memberikan jaminan yang munasabah bahawa aset syarikat akan sentiasa dilindungi daripada kehilangan.
Ini termasuklah dari penggunaan atau pelupusan yang tidak dibenarkan.
Ia juga untuk memastikan semua transaksi disahkan dan direkodkan untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan syarikat.
Kesimpulannya, mendirikan sebuah syarikat yang proaktif dan berjaya bukanlah satu perkara yang mudah.
Setiap ahli terutamanya pengarah syarikat perlu menjalankan tugas mereka dengan berkaliber, cekap dan berpengetahuan.
SOALAN LAZIM (FAQ) BERKENAAN PENGARAH SYARIKAT SDN BHD
Siapakah yang layak dilantik sebagai Pengarah Syarikat Sdn Bhd di Malaysia?
Menurut Akta Syarikat 2016, syarat kelayakan asas untuk menjadi pengarah syarikat korporat adalah individu tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas, bermastautin di Malaysia, serta bukan seorang yang bankrap. Beliau juga tidak boleh mempunyai rekod sabitan kesalahan jenayah komersialหรือsalah laku pengurusan syarikat.
Apakah tanggungjawab undang-undang yang paling utama bagi seorang pengarah syarikat?
Tanggungjawab paling kritikal adalah bertindak demi kepentingan terbaik syarikat (fiduciary duty). Pengarah wajib menggunakan kuasa mereka secara jujur, bijak, dan cekap untuk memajukan perniagaan, serta mengutamakan objektif syarikat berbanding kepentingan peribadi atau pihak ketiga.
Apakah contoh konflik kepentingan yang wajib dielakkan oleh pengarah syarikat?
Seorang pengarah dilarang keras menggunakan jawatan atau harta syarikat untuk mengaut keuntungan peribadi tanpa kebenaran lembaga pengarah. Antara contoh salah laku termasuklah membocorkan maklumat dalaman syarikat, menggunakan aset perniagaan sesuka hati, atau terlibat dalam perniagaan lain yang bersaing secara langsung dengan syarikat tersebut.
Bolehkah seorang pengarah syarikat Sdn Bhd melepaskan atau mewakilkan kuasanya kepada orang lain?
Boleh, tetapi bersyarat. Pengarah boleh menyerahkan sebahagian kuasa lembaga kepada jawatankuasa, pegawai, atau pakar yang diyakini kompeten. Walau bagaimanapun, perwakilan ini tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan syarikat dan pengarah tetap memikul tanggungjawab utama untuk memastikan sistem kawalan dalaman syarikat berjalan dengan lancar.
Bagaimanakah cara pengarah melindungi aset syarikat daripada risiko kerugian?
Pengarah bersama pihak pengurusan kanan wajib melaksanakan sistem kawalan dalaman yang komprehensif. Sistem ini berfungsi untuk memastikan semua transaksi kewangan direkodkan dengan sah bagi penyediaan penyata kewangan, serta melindungi harta dan dana syarikat daripada penyalahgunaan atau pelupusan yang tidak dibenarkan.
PROMOSI DAFTAR SDN BHD RM1498
Sekiranya anda berminat untuk membina dan mendaftar syarikat, anda boleh menghubungi DAFTAR SYARIKAT segera!
Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.
Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.
Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.
Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.
Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang kami sediakan antaranya adalah:
- Perkhidmatan Kesetiausahaan
- Perkhidmatan Pembukuan dan Perakaunan Berkanun
- Perkhidmatan Percukaian
- Perkhidmatan Pengauditan
ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN PENGARAH SYARIKAT SDN BHD:
Maklumat lanjut mengenai daftar Sdn Bhd>>> Daftar Sdn Bhd Online
Perbezaan Enterprise vs Sdn bhd >>> Enterprise vs Sdn Bhd
Tugas Pengarah Syarikat >>> Pengarah Syarikat Sdn bhd
Laman web rasmi SSM >>> SSM Malaysia


