Daftar Sdn Bhd Online

CARA DAFTAR MOF MUDAH

Ramai yang ingin daftar MOF tetapi tidak tahu caranya. Kami akan menerangkan 3 Cara Daftar MOF Mudah. Bagi kami sebagai konsultan MOF, anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada operasi bisnes. Bagi menguruskan hal admin ini sepatutnya di outsource kepada pihak yang layak supaya anda tidak pening dan ada lebihan masa untuk perkara yang lebih penting

Bacaan lanjut: PANDUAN DAFTAR MOF SENDIRI

LANGKAH 1 CARA DAFTAR MOF MUDAH: HUBUNGI KAMI

Selepas anda menghubungi kami, anda akan diminta untuk melengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi maklumat-maklumat syarikat yang diminta di dalam borang tersebut. Selepas semua maklumat telah diisi, anda perlu menekan butang hantar tetapi sila pastikan sebelum menghantar borang tersebut maklumat yang diberikan adalah betul. Anda disarankan untuk menyemak terlebih dahulu maklumat yang dihantar. Selain itu, pastikan nama & nombor telefon yang diisi adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan client kami sering tersilap isi maklumat yang penting itu dan menyebabkan kesukaran pegawai kami untuk kembali menghubungi anda.

LANGKAH 2 CARA DAFTAR MOF MUDAH: BERIKAN DOKUMEN YANG BERKAITAN

Setelah anda menghubungi kami, kami akan menyemak maklumat yang berkaitan. Jika semuanya lengkap anda dikehendaki memberikan dokumen yang berkaitan untuk kami meneruskan proses daftar MOF.

DOKUMEN DAFTAR MOF SDN BHD

  1. Borang 8/9/24/44/49 bagi Akta Syarikat 1965 *Certified True Copy oleh setiausaha syarikat
  2. Section 17/14/46(3)/58/236(2) bagi Akta Syarikat 2016 *Certified True Copy oleh setiausaha syarikat
  3. Form of Annual Return (Section 68) terkini bagi syarikat melebihi 1 tahun kewangan (modal berbayar minima RM2,500.00).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  4. Memorandum And Articles of Association (M&A) / Form Application for Registration of Company (section 14).*Certified True Copy oleh setiausaha
  5. Penyata akaun bank semasa syarikat (bank current account) satu bulan terkini.
  6. Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  7. Salinan kad pengenalan atau passport semua pengarah dan pemilik saham syarikat.
  8. Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.
  9. Salinan kad pengenalan pekerja syarikat.
  10. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

Bacaan lanjut: PROMOSI DAFTAR SDN BHD

DOKUMEN DAFTAR MOF ENTERPRISE

  1. Borang D/E SSM + Maklumat pemilik & perniagaan yang masih sah tempoh (jenis perniagaan SSM mestilah selari dengan bidang pendaftaran MOF.
  2. Penyata bank bagi akaun semasa syarikat (current account) yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00.
  3. Salinan kad pengenalan semua pemilik syarikat.
  4. Salinan kad pengenalan pekerja.
  5. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

LANGKAH 3 CARA DAFTAR MOF MUDAH: DAPATKAN SIJIL DAN MAKLUMAT LOGIN E-PEROLEHAN

Setelah dokumen anda lengkap, kami akan submit permohonon daftar MOF anda. Mudah bukan? Anda hanya perlu isi borang dan berikan dokumen yang berkaitan. Suatu proses yang sepatutnya tidak lebih dari setengah hari.

Secara amnya tempoh kelulusan daftar MOF akan memakan masa 7 sehingga 14 hari bekerja. Sebaik sahaja permohonan daftar mof anda diluluskan pegawai kami akan emailkan sijil softcopy berikan login e-Perolehan kepada anda.

Tahniah! Kerana syarikat anda telah pun berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan anda telah boleh untuk menyertai mana-mana tender kerajaan.

KENAPA PILIH KAMI UNTUK CARA DAFTAR MOF MUDAH

  • Kami adalah konsultan yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam membantu anda untuk daftar MOF.
  • Kami memberikan jaminan pulangan wang jika permohonan MOF anda tidak berjaya
  • Kami menawarkan khidmat konsultansi sehingga anda jelas. Tiada caj dikenakan

MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR MOF

Bagi maklumat lanjut pendaftaran dan syarat daftar MOF, anda boleh rujuk website e-Perolehan di link berikut: e-Perolehan

Cara Daftar MOF