Daftar Sdn Bhd Online

4 KELEBIHAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Ramai orang ingin mendaftar lesen kewangan MOF tetapi adakah mereka tahu secara jelas kelebihan daftar lesen kewangan MOF? Secara umumnya bagi setiap syarikat yang ingin membekal barangan atau perkhidmatan kepada jabatan kerajaan mereka diwajibkan memiliki daftar sijil kewangan MOF. Dengan adanya sijil kewangan, syarikat anda secara langsung telah berdaftar denganĀ Kementerian Kewangan Malaysia. Artikel ini akan menerangkan secara lanjut kelebihan daftar lesen kewangan MOF:

KELEBIHAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF 1- Lebih Dipercayai

Pastinya apabila anda daftar lesen kewangan MOF anda akan lebih dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Tidak semua syarikat mampu untuk berdaftar dengan kementerian kewangan. Ia merupakan tambah nilai kepada perniagaan kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

KELEBIHAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF 2 – Boleh Berniaga dengan Kerajaan

Dengan daftar lesen kewangan MOF, anda dapat menjual barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya. Setiap tahun jumlah perbelanjaan kerajaan adalah bernilai ratusan juta. Kini anda juga mempunyai peluang untuk mendapatkan sebahagian daripada perbelanjaan tersebut sebagai vendor.

KELEBIHAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF 3 – Boleh Mendapat Latihan Yang Berterusan

Bagi meningkatkan kualiti dan daya saing pembekal, latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk terus menambah baik perniagaan anda.

KELEBIHAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF 4 – Boleh Mendapatkan Membiayaan Bank

Sekiranya anda telah mendaftar lesen kewangan MOF dan telah berjaya mendapatkan kontrak kerajaan, anda boleh mendapatkan pembiayaan bank. Pihak bank akan lebih mudah memberikan pembiayaan kerana mereka yakin dengan anda kerana anda juga dipercayai kerajaan. Oleh itu, ini boleh membantu anda meningkatkan cash-flow disamping menambahkan modal pusingan perniagaan.

PROSES DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF MUDAH

Anda kini telah tahu kelebihan daftar lesen kewangan. Jadi kami akan terangkan kepada anda 3 Cara Daftar MOF Mudah. Bagi kami sebagai konsultan MOF, anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada operasi bisnes. Bagi menguruskan hal admin ini sepatutnya di outsource kepada pihak yang layak supaya anda tidak pening dan ada lebihan masa untuk perkara yang lebih penting

Bacaan lanjut: PANDUAN DAFTAR MOF SENDIRI

CARA DAFTAR MOF MUDAH 1: HUBUNGI KAMI

Selepas anda menghubungi kami, anda akan diminta untuk melengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi maklumat-maklumat syarikat yang diminta di dalam borang tersebut. Selepas semua maklumat telah diisi, anda perlu menekan butang hantar tetapi sila pastikan sebelum menghantar borang tersebut maklumat yang diberikan adalah betul. Anda disarankan untuk menyemak terlebih dahulu maklumat yang dihantar. Selain itu, pastikan nama & nombor telefon yang diisi adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan client kami sering tersilap isi maklumat yang penting itu dan menyebabkan kesukaran pegawai kami untuk kembali menghubungi anda.

CARA DAFTAR MOF MUDAH 2: BERIKAN DOKUMEN YANG BERKAITAN

Setelah anda menghubungi kami, kami akan menyemak maklumat yang berkaitan. Jika semuanya lengkap anda dikehendaki memberikan dokumen yang berkaitan untuk kami meneruskan proses daftar MOF.

Bacaan lanjut: PROMOSI DAFTAR SDN BHD

CARA DAFTAR MOF MUDAH 3: DAPATKAN SIJIL DAN MAKLUMAT LOGIN E-PEROLEHAN

Setelah dokumen anda lengkap, kami akan submit permohonon daftar MOF anda. Mudah bukan? Anda hanya perlu isi borang dan berikan dokumen yang berkaitan. Suatu proses yang sepatutnya tidak lebih dari setengah hari.

Secara amnya tempoh kelulusan daftar MOF akan memakan masa 7 sehingga 14 hari bekerja. Sebaik sahaja permohonan daftar mof anda diluluskan pegawai kami akan emailkan sijil softcopy berikan login e-Perolehan kepada anda.

Tahniah! Kerana syarikat anda telah pun berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan anda telah boleh untuk menyertai mana-mana tender kerajaan.

KENAPA PILIH KAMI UNTUK CARA DAFTAR MOF MUDAH

  • Kami adalah konsultan yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam membantu anda untuk daftar MOF.
  • Kami memberikan jaminan pulangan wang jika permohonan MOF anda tidak berjaya
  • Kami menawarkan khidmat konsultansi sehingga anda jelas. Tiada caj dikenakan

MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR MOF

Bagi maklumat lanjut pendaftaran dan syarat daftar MOF, anda boleh rujuk website e-Perolehan di link berikut: e-Perolehan

Kelebihan daftar lesen kewangan mof