Daftar Sdn Bhd Online

SYARAT DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Sekiranya anda ingin berurusan dengan kerajaan, anda perlulah daftar lesen kewangan MOF terlebih dahulu. Syarat daftar lesen kewangan MOF tidaklah sesukar yang disangka. Walau bagaimana pun proses ini boleh menjadi rumit sekiranya anda kurang mahir dengan syarat- syarat khas bagi bidang yang ingin dipohon. Jangan biarkan pendaftaran perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sehingga saat-saat akhir.

Bacaan lanjut: PANDUAN DAFTAR MOF SENDIRI

Berikut adalah 5 syarat daftar lesen kewangan MOF:

SYARAT 1 DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF: Berdaftar Dengan SSM

Sekiranya anda ingin daftar lesen kewangan MOF, ada perlu memastikan anda berdaftar dengan SSM sama ada secara enterprise atau Sdn Bhd. Anda perlu perlu memastikan sijil dan maklumat pemilik dikemas kini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Aplikasi SSM dan aplikasi e-Perolehan di MOF adalah saling berhubungan. Kod bidang yang hendak di pohon mestilah selari sebagaimana yang diyatakan di dalam sijil SSM. Perniagaan pula mestilah aktif dan tempoh tamat tidak kurang dari 3 bulan.

Bacaan lanjut: PROMOSI DAFTAR SDN BHD

SYARAT 2 DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF: Berdaftar Dengan PBT

Ketika ini, MOF telah mewajibkan pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum boleh daftar lesen kewangan MOF. PBT merujuk kepada pendaftaran dengan majlis pembandaran di tempat anda beroperasi. Jika anda tidak mempunyai pendaftaran PBT, kemungkinan besar permohonan daftar lesen kewangan MOF anda boleh ditolak. Pendaftaran PBT mungkin mengambil masa disebabkan proses dan dokumen yang berbeza antara PBT. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendaftar PBT awal sebelum memohon daftar lesen kewangan MOF

SYARAT 3 DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF: Mempunyai modal yang mencukupi

Bagi perniagaan enterprise, anda mesti mengemukakan penyata akaun atau slip deposit yang dikemas kini dengan baki sekurang-kurangnya RM2,500.00. Dokumen ini diperlukan untuk menilai keupayaan kewangan syarikat, seperti keupayaan mereka untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan. Tambahan pula, bayaran daripada kerajaan kepada syarikat akan dimasukkan ke dalam akaun ini.

Bagi syarikat sendirian berhad, anda mestilah mempunyai paid-up capital bernilai RM2500 atau lebih. Paid-up capital ini akan dinyatakan secara jelas di Form 14. Jika anda tidak tahu mengenai maklumat ini, anda boleh rujuk kepada setiausaha syarikat anda.

SYARAT 4 DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF: Mempunyai Dokumen Pengenalan Diri

Setiap pemilik mesti menyerahkan salinan kad pengenalan mereka yang sah. Jika mana-mana pemilik bukan warganegara, mereka juga mesti memberikan salinan pasport mereka yang sah untuk mendaftar lesen kewangan MOF

SYARAT 5 DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF: Mempunyai Premis Perniagaan

Untuk mendapatkan kelulusan dan berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Kewangan Malaysia anda perlu mempunyai premis perniagaan. Dengan premis perniagaan, anda boleh menyertai kod bidang yang lebih banyak. Jadi peluang anda lebih cerah. Anda perlu memberkan perjanjian penyewaan atau menunjukan pemilikan premis perniagaan secara sah.

SYARAT 6 DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF: Mempunyai Pekerja Syarikat

Untuk berjaya mendapatkan sijil MOF, adalah wajib untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja. Tanpa faktor utama ini, tiada syarikat boleh melengkapkan pendaftaran dengan jayanya. Untuk perniagaan perkongsian, seorang pemilik boleh dianggap sebagai personal pengurusan dan selebihnya dianggap sebagai pekerja. Jika anda tidak mempunyai pekerja, ahli keluarga anda sendiri yang bersetuju dengannya boleh dikira sebagai pekerja. Dengan persetujuan mereka, mereka boleh diisytiharkan sebagai pekerja.

KESIMPULAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Walaupun mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan e-Perolehan mungkin kelihatan mudah, kriteria tertentu mesti dipatuhi sebelum berbuat demikian. Jika anda tidak mahir dan tidak mempunyai masa untuk mendalami secara khusus, ada boleh sahaja berhubung dengan kami. Kami akan bantu daftar lesen MOF dengan Kementerian Kewangan dengan cepat dan mudah. Kami boleh memberi anda nasihat dan perkhidmatan yang tepat untuk memastikan semua proses permohonan Sijil MOF berjalan lancar. Jangan tunggu lagi, hubungi kami sekarang di untuk maklumat lanjut.

KENAPA PILIH KAMI UNTUK CARA DAFTAR MOF MUDAH

  • Kami adalah konsultan yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam membantu anda untuk daftar MOF.
  • Kami memberikan jaminan pulangan wang jika permohonan MOF anda tidak berjaya
  • Kami menawarkan khidmat konsultansi sehingga anda jelas. Tiada caj dikenakan

MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR MOF

Bagi maklumat lanjut pendaftaran dan syarat daftar MOF, anda boleh rujuk website e-Perolehan di link berikut: e-Perolehan

Daftar Lesen Kewangan