Daftar Sdn Bhd Online

4 PERSIAPAN REGISTER SDN BHD

Ramai yang bertanya kepada kami apakah yang perlu dilakukan selepas register sdn bhd. Sememangnya banyak kelebihan apabila register sdn bhd tetapi kelebihan ini akan hanya diperolehi apabila persiapan register sdn bhd dilakukan dengan betul

BUKA AKAUN SYARIKAT

Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh bisnes selepas register sdn bhd adalah membuka akaun bank bisnes. Jangan guna akaun atas nama sendiri untuk duit jualan dan perbelanjaan. Buka akaun bank mengunakan nama bisnes untuk sebarang transaksi duit masuk dan keluar. Antara kelebihan membuka akaun bank atas nama bisnes ialah:-

1. Ini antara cara untuk memudahkan akaun untung rugi bisnes dikemaskini. Seterusnya proses mengetahui keuntungan dan kerugian dapat diketahui.
2. Kesilapan kebanyakkan peniaga diluar ialah tidak meletak duit jualan ke bank. Ini akan menyebabkan bank tidak dapat mengesahkan kekuatan kewangan anda ketika proses ingin buat pinjaman di masa akan datang.
3. Proses untuk elak kita tanpa sedar menguna duit bisnes tanpa kawalan. Terlalu banyak kecurian berlaku pada bisnes terutama bila pemilik sendiri tidak sedar atau tidak ketahui kedudukan aliran tunai mereka
4. Untuk elak dari kesilapan dalam pengiraan cukai. Seterusnya akan mengundang risiko dikenakan kompaun akibat kesalahan penguraan cukai. Kita kena ingat kompaun boleh cecah sehingga 100% dari jumlah kurang lapor.

Register Sdn Bhd

DAFTAR KWSP

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Majikan perlu melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Borang 49 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Di bawah akta KWSP 1991 adalah menjadi kewajipan untuk majikan mencarum bagi pihak pekerja. Ianya menjadi kesalahan undang-undang sekiranya tidak dilakukan dan majikan boleh dikenakan penalti atau penjara. Oleh itu, anda pemilik bisnes perlu daftar KWSP selepas register sdn bhd

DAFTAR SOCSO

SOCSO Adalah SOCIAL Security Organisation, atau dalam Bahasa Melayunya, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian.

Di bawah akta SOCSO 1969 adalah menjadi kewajipan untuk majikan mencarum bagi pihak pekerja. Ianya menjadi kesalahan undang-undang sekiranya tidak dilakukan dan majikan boleh dikenakan penalti atau penjara. Oleh itu, anda pemilik bisnes perlu daftar SOCSO selepas register sdn bhd

Bacaan lanjut: Kelebihan Syarikat Sdn Bhd

DAFTAR LHDN

Kenapa perlu daftar LHDN selepas register sdn bhd anda?

#1 – Tanggungjawab & Undang-UndangMembuat taksiran dan membayar cukai adalah undang-undang. Akta Cukai di Malaysia termaktub pada tahun 1967 lagi. Namun, akan ada sedikit perubahan dari tahun ke tahun. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, di mana hasil cukai tadi digunakan kembali oleh kerajaan untuk rakyat. Mungkin terdapat ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, tapi kita jalankan tanggungjawab kita dulu. Tanggungjawab kerajaan pula untuk pastikan ia digunakan dengan baik. Jika terdapat sebarang salah guna, kita salurkan rasa tidak puas hati itu dengan cara lain.

#2 – Mengelak Dari Penalti apabila kita memilih untuk tidak membuat taksiran dan membuat bayaran cukai, sebenarnya kita memilih untuk membayar penalti. Terdapat banyak penalti boleh dikenakan apabila kita tidak membuat taksiran dan pembayaran. Penalti sehingga 300% dari nilai cukai boleh dikenakan.Ada membuat anggapan, nanti jika LHDN datang buat semakan, baru bayar. Ini macam berjudi. Nasib baik, tak kena audit cukai oleh LHDN. Nasib tak baik, bayar sahaja cukai tambah dengan penalti. Apabila dikenakan penalti, masalah yang mungkin dihadapi ialah aliran tunai. Duit yang boleh digunakan untuk modal pusingan atau mengembangkan perniagaan terpaksa digunakan untuk membayar penalti.

#3 – Mengelak Dari DisenaraihitamPasti ramai sudah mengetahui, berita artis terkenal tidak dibenarkan keluar negara kerana masih mempunyai cukai tertunggak. Pihak LHDN mempunyai hak untuk menghalang sesiapa keluar dari Malaysia selagi cukai tidak dibayar. Tanpa mengira tujuan kita mahu keluar negara.

#4 – Mendapatkan PinjamanAntara dokumen yang diperlukan untuk perniagaan memohon pinjaman sekarang ialah taksiran cukai, Borang B. Jika mendaftar pun tidak pernah, memang tak akan ada borang B. Bankpun tak boleh nak proses permohonan pinjaman.

#5 – Mengembangkan Perniagaan untuk mengembangkan perniagaan, modal tambahan diperlukan. Jika modal mahu diperolehi dari pinjaman, point no. 4 di atas perlu di ambil kira. Jika mahu mendapatkan pelabur pula, pasti mereka mahu tahu kedudukan cukai. Pelabur tidak mahu terlibat dalam pelanggaran undang-undang. Jika modal dari sumber dalaman, mungkin akan menarik perhatian pihak LHDN untuk buat semakan. Bila kita sudah mahu membayar cukai, akan timbul pula soalan apa yang perlu dibuat sekarang? Berniaga sudah bertahun, tapi kini baru sedar dan nak bayar cukai.

Bacaan lanjut: Tugas Pengarah Syarikat

POHON SIJIL MOF KEMENTERIAN KEWANGAN

Sekirannya anda merupakan kontraktor yang ingin mendapatkan tender kerajaan, anda perlu memohon sijil MOF selepas register sdn bhd. Ia merupakan syarat wajib untuk semua pembekal / kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini, syarikat anda tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah:

1. Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.

2. Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my

3. Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.

4. Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

5. Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak MOF bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana.

Bacaan lanjut: Cara daftar MOF online